YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bertemu secara maya dengan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dan wakil-wakil industri perbankan untuk membincangkan mengenai input yang boleh diterapkan di dalam #Bajet2022. ⠀⠀ ⠀⠀
Antara topik dibincangkan adalah langkah-langkah yang boleh memudahcara skim pembiayaan kepada Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) dan PKS mikro. Di bawah #Belanjawan2021, RM2 bilion telah diperuntukkan bagi membantu pembiayaan PKS Bumiputera melalui SJPP. ⠀⠀
Kerajaan akan menambah baik dan meneruskan langkah-langkah seperti sebegini demi kesejahteraan kita semua.