YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia dalam dua sesi yang berbeza untuk konsultasi #Bajet2022 secara maya.
Menerusi sesi perbincangan yang diadakan bersama kedua-dua pihak, Kerajaan akan memperincikan lebih banyak insiatif yang mampu memulih semula ekonomi melalui pasaran modal negara. Ini termasuklah pemerkasaan pembiayaan pasaran bagi usahawan mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), serta agenda kelestarian negara seperti perdagangan karbon dan insentif cukai bagi produk pasaran modal yang berteraskan aspek Environmental Social and Governance (ESG) dan Socially Responsible Investing (SRI).
Selain itu, langkah-langkah untuk mempertingkatkan lagi prestasi syarikat tersenarai, penambahbaikan amalan tadbir urus korporat yang baik serta kualiti modal insan di dalam pasaran modal juga turut dibincangkan.
Beliau berharap menerusi sesi konsultasi berterusan ini, Kerajaan dan pihak berkepentingan bagi pasaran modal negara dapat terus merangka dan melaksanakan inisiatif-inisiatif yang boleh meningkatkan daya saing negara, mencipta pekerjaan yang lebih berkualiti dan membantu memudahcara pembiayaan pasaran bagi usahawan kecil dan sektor yang terjejas, semuanya demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia