Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Lawatan Akademik Oleh UiTM Kampus Shah Alam

Sesi Lawatan Akademik Oleh UiTM Kampus Shah Alam

Kementerian Kewangan berbesar hati menerima lawatan akademik daripada pelajar-pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Sesi perkongsian yang disampaikan oleh YBrs. Puan Wan Hakimah Abd. Rahim, Ketua Komunikasi Strategik dan Korporat, Unit Komunikasi Korporat (UKK), memberi pendedahan mengenai peranan komunikasi strategik dalam sektor awam, khususnya dalam menyampaikan dasar, inisiatif dan maklumat kerajaan kepada rakyat secara tepat, pantas dan berkesan.

Melalui sesi soal jawab yang interaktif, para pelajar turut berpeluang mendapatkan gambaran sebenar mengenai cabaran, tuntutan serta pengalaman warga UKK dalam mengurus komunikasi di MoF.

Semoga lawatan ini menjadi platform yang bermakna buat para pelajar untuk menghubungkan teori dan amalan sebenar dalam dunia komunikasi, sekali gus menyuntik inspirasi dalam membina kerjaya mereka pada masa hadapan.

Arkib Foto