Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 Bersama Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana

Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 Bersama Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana

SME Corp. Malaysia telah menganjurkan Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 sebagai platform strategik untuk mendengar, memahami dan meneliti keutamaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) negara menjelang penyediaan Belanjawan 2027.

Sesi ini disempurnakan oleh YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Pasukan Belanjawan 2027, Kementerian Kewangan turut menghadiri sesi ini bagi mendapatkan pandangan, maklum balas dan aspirasi secara langsung daripada pemegang taruh sektor PMKS, khususnya dalam mengenal pasti keperluan serta cabaran yang dihadapi usahawan.

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah berteraskan empat teras strategik, iaitu:

  1. Anjakan Produktiviti: Memperkasa kecekapan dan penerapan teknologi dalam kalangan PMKS.
  2. Birokrasi Dipermudah: Memudah cara serta mempercepat urusan dan kelulusan perniagaan.
  3. Capaian Modal: Meluaskan akses kepada pembiayaan yang lebih inklusif.
  4. Daya Akses Pasaran: Memperkukuh keupayaan usahawan untuk menembusi pasaran yang lebih luas.

Input yang diperoleh melalui sesi libat urus ini penting dalam proses penyediaan Belanjawan 2027 bagi memastikan sumber negara dimanfaatkan secara berfokus, menghasilkan impak yang optimum serta memperkukuh keupayaan dan daya saing usahawan tempatan untuk berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

Turut hadir YBhg. Dato’ Teng Chang Khim, Pengerusi SME Corp. Malaysia; YBrs. Tuan Rizal Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia; serta wakil kementerian, agensi dan pemegang taruh berkaitan.

Arkib Foto