YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bersama Majlis Daerah, Pejabat Tanah dan Daerah Kluang, Bank Negara Malaysia, Bank Simpanan Nasional, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri Johor dan Pejabat Polis Kluang Daerah Kluang. Turut hadir adalah para peniaga kecil, petani dan masyarakat setempat.
Sesi sebegini menggariskan isu-isu pembangunan IKS dan peniaga kecil. Banyak cadangan telah diutarakan antaranya pemberian bantuan awal perniagaan.
Bagi IKS dan peniaga kecil, program Semarak Niaga telah memanfaatkan lebih 33,000 perniagaan.
Dalam Bajet 2023 pada akan datang, beliau memberi jaminan bahawa golongan IKS tidak akan dikecualikan.
Tumpuan pasti akan diberi untuk meningkatkan daya saing PKS, produktiviti serta memberi tumpuan kepada usaha potensi pertumbuhan baharu untuk memacu sektor perniagaan.
Segala cadangan dan pandangan akan dipertimbangkan dengan teliti dan baik supaya dapat diangkat di dalam Bajet 2023.