Pilih bahasa anda
(CVIA), anjuran Northern Corridor Implementation Authority (NCIA), menghimpunkan Kementerian Kewangan, NCIA dan pemain industri bagi membincangkan potensi serta keperluan pembangunan ekonomi Perlis.
Sesi yang disertai YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan ini turut dihadiri YBhg. Dato’ Mohamad Haris Kader Sultan, Ketua Eksekutif NCIA. Salah satu pengisian utama ialah pembentangan NCER mengenai pembangunan ekonomi sempadan, termasuk inisiatif pembangunan kawasan sempadan Padang Besar–Bukit Kayu Hitam, yang disusuli dengan dialog bersama pemain industri mengenai peluang, cadangan dan cabaran berkaitan pelaburan, perindustrian serta logistik.
Ekonomi sempadan perlu dibangunkan sebagai satu ekosistem yang saling berhubung antara kawasan perindustrian, rangkaian logistik, pintu masuk negara dan pasaran serantau. Dalam konteks ini, CVIA berpotensi menyokong pertumbuhan industri hijau dan berteknologi tinggi, manakala kedudukan Perlis yang bersempadan dengan Thailand membuka ruang untuk memperluas aktiviti perdagangan, pelaburan dan rantaian bekalan di wilayah utara.
Input yang diterima akan membantu Kerajaan menilai keutamaan pembangunan secara lebih menyeluruh, khususnya bagi memastikan pertumbuhan industri dan ekonomi sempadan dapat diterjemahkan kepada pekerjaan bernilai tinggi, peningkatan kemahiran, peluang kepada perusahaan tempatan serta manfaat ekonomi yang lebih luas kepada rakyat.
Sebarang pandangan dan cadangan bagi Belanjawan 2027 boleh dikemukakan melalui Portal Cadangan Belanjawan di belanjawan.mof.gov.my. Penyertaan rakyat dan komuniti perniagaan penting dalam membantu Kerajaan memperhalusi keutamaan Belanjawan 2027.