Sesi Penggulungan Ucapan Perbahasan RMK-12 di Dewan Rakyat

Sesi Penggulungan Ucapan Perbahasan RMK-12 di Dewan Rakyat

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan berada di Dewan Rakyat dan telah mewakili Kementerian Kewangan Malaysia untuk menggulung ucapan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dibentangkan oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia pada 27 September 2021 yang lalu.

Pelbagai isu berbangkit berkaitan Kementerian Kewangan telah ditimbulkan oleh 22 orang Ahli Yang Berhormat dan telah beliau perjelaskan antaranya yang menyentuh berkaitan strategi membangunkan semula ekonomi negara dan juga memperkukuh sektor-sektor ekonomi.

Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam sesi perbahasan RMK-12 tersebut. Segala pandangan, cadangan dan teguran yang telah diutarakan akan diperhalusi satu persatu oleh Kementerian Kewangan demi merealisasikan Rancangan Malaysia Ke-12.