Sesi Perbincangan #Bajet2022 bersama YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Sesi Perbincangan #Bajet2022 bersama YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan perbincangan bersama YB Tan Sri Noh Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta wakil dari sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk membincangkan mengenai langkah-langkah untuk memperkasa sektor PKS dan PKS mikro dalam #Bajet2022.

Sektor PKS antara sektor yang amat terkesan ekoran penularan pandemik COVID-19, terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang perlu dilaksanakan demi melindungi nyawa #KeluargaMalaysia. ⠀ ⠀

Kerajaan amat prihatin dengan situasi yang dihadapi PKS lantas bertindak proaktif memperkenalkan beberapa inisiatif langsung yang berterusan seperti Program Subsidi Upah, Geran Khas Prihatin, skim pembiayaan mikro, Shop Malaysia Online dan geran pendigitalan PKS bagi memastikan kelangsungan perniagaan dalam dunia COVID-19. ⠀

Inisiatif-inisiatif sebegini akan ditambah baik bersama inisiatif baharu yang sesuai dengan keperluan semasa.