Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Perbincangan ‘Building Resilience: Financing Local Economies’ di Switzerland

Sesi Perbincangan ‘Building Resilience: Financing Local Economies’ di Switzerland

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke sesi perbincangan ‘Building Resilience: Financing Local Economies’ bersama beberapa tokoh global dari bidang korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada hari kedua World Economic Forum (WEF) di Switzerland.

Perbincangan meja bulat tersebut merangkumi cara-cara bagaimana Kerajaan boleh menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan sosial bagi mengembangkan ekonomi setempat.

Beliau turut berkesempatan berkongsi pandangan mengenai usaha-usaha Kerajaan Malaysia yang inovatif bagi menyokong PKS dan perusahaan sosial, termasuk pembiayaan kuasi-ekuiti dan moratorium sehingga 12 bulan bagi beberapa langkah pembiayaan melalui pakej SemarakNiaga Keluarga Malaysia yang bernilai RM40 bilion di bawah Bajet 2022.

Beliau turut berkesempatan menimba beberapa idea baharu yang akan dikongsikan bersama warga kerja Kementerian Kewangan bagi Bajet 2023.

Arkib Foto

Logo Accessibility