YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan perkongsian idea dan cadangan bagi menangani cabaran-cabaran yang dihadapi semasa COVID-19 bersama Industries Unite iaitu gabungan persatuan, institusi dan badan perdagangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia.








Beliau juga menerima maklumbalas mengenai inisiatif-inisiatif Kerajaan serta peluang-peluang kerjasama antara sektor swasta dan sektor awam. Semua maklumbalas akan dipertimbangkan bagi mencapai impak positif untuk Rakyat, perniagaan dan ekonomi Malaysia.