YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu dengan YBhg. Datuk Wan Razly, Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Putrajaya.
Beliau berkesempatan mengambil maklum berkenaan perkembangan pembangunan kemudahan perbankan di pantai timur serta inisiatif-inisiatif untuk membantu para usahawan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di pantai timur termasuk skim pembiayaan untuk kekal berdaya tahan pasca pandemik COVID-19.
Beliau yakin dan percaya dengan segala pengalaman yang ada, Affin Bank akan terus menjadi salah sebuah institusi perbankan yang akan memberi semula kepada rakyat.