YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan merakamkan ucapan terima kasih kepada pegawai-pegawai Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) atas taklimat yang terperinci mengenai Wang Tak Dituntut (WTD).

Beliau juga menyeru supaya orang ramai memeriksa dan membuat tuntutan untuk mendapatkan wang yang belum dituntut melalui portal eGUMIS.

