Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pertemuan bersama Menteri Keuangan Indonesia

Sesi Pertemuan bersama Menteri Keuangan Indonesia

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bertemu dengan rakan sejawat beliau, Menteri Keuangan Republik Indonesia, Ibu Sri Mulyani Indrawati. ⠀

Terdapat pelbagai perkara yang telah mereka bincangkan terutamanya kerjasama dalam sektor perkastaman, kewangan syariah dan agenda kelestarian (ESG). Dari segi kerjasama ESG, banyak usaha yang boleh kita juarai bersama untuk membina sebuah ekonomi yang lebih mampan bagi kedua-dua negara.

Mereka juga turut berkongsi pengalaman dalam pengurusan pandemik COVID-19, terutamanya dalam membantu golongan rentan, mengukuhkan jaringan keselamatan sosial dan membantu PKS mikro bangun semula.

Beliau turut telah berkongsi beberapa inisatif baharu di dalam Bajet 2022, seperti Cukai Makmur untuk membina kapasiti kesihatan awam dan memperluaskan bantuan langsung bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin di dalam era pemulihan ini. ⠀

Malaysia dan Indonesia sememangnya mempunyai hubungan yang istimewa dan beliau yakin dengan hubungan erat antara Kementerian Kewangan Malaysia dan Kementerian Keuangan Indonesia, hubungan ekonomi dua hala Malaysia-Indonesia boleh dipertingkatkan untuk kemakmuran bersama. Ini juga amat penting dalam menyumbang kepada kemajuan rantau ASEAN. ⠀⠀

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Ibu Sri Mulyani dan Kementerian Keuangan Indonesia atas kesudian menerima beliau untuk sesi pertemuan tersebut.

Arkib Foto

Logo Accessibility