Susulan pertemuan bersama Dr. Mari Pangestu, World Bank Managing Director of Development Policy and Partnerships sebelum ini, YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan pertemuan bersama wakil-wakil World Bank. Turut bersama-sama dalam talian adalah wakil-wakil dari Washington dan Indonesia.

Terima kasih beliau ucapkan di atas input dan cadangan serta pendapat yang diberikan serta berkenaan keadaan ekonomi semasa termasuk sistem subsidi dan pendigitalan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Beliau berharap pertemuan sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang bagi mendapatkan maklumat berkenaan ekonomi semasa.

