Sesi Soal Jawab di Parlimen

Sesi Soal Jawab di Parlimen

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berada di Parlimen dan beliau telah menjawab soalan YB Sabak Bernam untuk Sesi Pertanyaan Menteri berkenaan pelaksanaan Geran Khas Prihatin (GKP) dan peranan Bank-Bank Pembangunan dalam membantu peniaga kecil atau mikro supaya mereka dapat meneruskan perniagaan.

Secara ringkas, Kerajaan terus komited untuk menyokong sektor perniagaan khususnya usahawan mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui GKP. Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan mereka dalam waktu yang mencabar ini.

Bagi inisiatif GKP 4.0, lebih 1 juta PKS mikro melibatkan penerima sedia ada dan penerima baharu bantuan GKP telah mula menerima bayaran Fasa 1 RM500 pada 21 September 2021, manakala bayaran Fasa RM500 akan dibuat pada bulan November 2021.

GKP 4.0 ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1 bilion dan RM6.08 bilion telah dan akan dimanfaatkan oleh lebih 1 juta usahawan mikro melalui empat siri bayaran GKP semenjak wabak COVID-19 melanda negara.