Sektor Industri Kecil Sederhana (IKS) adalah sebuah sektor yang banyak dipelopori oleh golongan pinggir dan luar bandar. Dari pembuatan kraftangan, makanan ringan, makanan sejuk beku, hinggalah ke produk berasaskan kesihatan, usahawan IKS bukan sahaja mempromosi barangan buatan Malaysia di dalam dan luar negara, mereka juga membuka peluang pekerjaan kepada golongan luar bandar.⠀⠀ YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berjumpa dengan 2 usahawan IKS iaitu, Puan Hasnah Mashud, yang mengusahakan kilang kecil makanan ringan seperti kerepek, kuih-muih, dan biskut, serta Encik Mohamed Amin Othman, penternak lebah kelulut yang juga menghasilkan produk kesihatan berasaskan madu. ⠀⠀⠀
Selain dari ingin meningkatkan kapasiti kerja melalui pertambahan tenaga kerja dan mesin berteknologi moden, mereka juga ingin mengembangkan perniagaan secara dalam talian serta kaedah penggunaan ejen ‘dropship’ dan stokis. ⠀⠀⠀ YB Menteri memberitahu mereka bahawa selain dari inisiatif kemudahan pembiayaan mikrokredit di bawah #Belanjawan2021, Kerajaan juga menggalakkan PKS mikro untuk memanfaatkan kempen e-Dagang dan Shop Malaysia Online dengan peruntukan sebanyak RM300 juta, bagi membantu PKS mikro memulakan jualan dalam talian. ⠀⠀⠀ Ketahui lebih lanjut mengenai manfaat Belanjawan 2021 untuk anda melalui portal rasmi https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/




