Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi #TinjauMOF ke Sabak Bernam – Bersama Anak Muda Berwawasan Tinggi Yang Telah Menghasilkan Motor Bergerabak Hidraulik

Sesi #TinjauMOF ke Sabak Bernam – Bersama Anak Muda Berwawasan Tinggi Yang Telah Menghasilkan Motor Bergerabak Hidraulik

Semasa sesi #TinjauMOF ke Sabak Bernam, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah dipertemukan dengan seorang anak muda berwawasan tinggi yang telah menghasilkan motor bergerabak hidraulik. Beliau adalah Mohd Faiz Jonid, seorang mekanik berumur 27 tahun yang mengusahakan bengkel motor di kampung beliau.

Melalui inspirasi dari video di Youtube dan semangat ingin mencuba, beliau telah mencipta beberapa jenis motor gerabak yang boleh membantu mengurangkan beban kerja berat peladang sawit dengan harga RM3,500-RM10,000 berdasarkan jenis dan kemampuan motor gerabak tersebut.

Antara harapan dan visi beliau dalam perniagaan ini adalah untuk menambah baik bengkel bagi meningkatkan produktiviti kerja dan meningkatkan kuantiti pengeluaran produk. Kerajaan memandang serius ikhtiar memperkasakan golongan usahawan dan melalui #Belanjawan2021, beberapa inisiatif telah diperkenalkan seperti peruntukan RM510 juta untuk pembiayaan PKS, RM800 juta untuk program peningkatan keupayaan PKS, dan RM1.3 bilion untuk pelbagai program peningkatan kapasiti perniagaan.

Arkib Foto

Logo Accessibility