Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Bertemu Para Peniaga

Sesi Turun Padang Bertemu Para Peniaga

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang dan singgah di Kiosk D'Harmoni@P9 dan Medan Selera Presint 9, Putrajaya untuk membeli juadah makan malam sambil bertanya khabar dengan para peniaga kecil.

Walaupun terdapat kekangan beroperasi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perniagaan makanan masih berjalan dengan lancar.


Sempat juga beliau bertanya jika para peniaga sudah menerima bayaran kedua RM500 di bawah Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) yang telah mula disalurkan secara berperingkat bermula 12 Julai lalu.

Sepanjang pelaksanaan GKP, Kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM6.1 bilion di mana memanfaatkan 1 juta PKS mikro. Menerusi GKP juga, Kerajaan berharap beban aliran tunai PKS mikro dapat dikurangkan selain memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

Arkib Foto

Logo Accessibility