YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang dan bertemu dengan penerima-penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang berniaga sekitar Kuala Lumpur Sentral.

Beliau turut berkesempatan beramah mesra dan mendengar perkongsian daripada Puan Mazlin, Puan Jamilah dan Encik Nizuaisham mengenai manfaat daripada GKP yang diterima. ⠀

Beliau amat teruja apabila mendengar cerita Puan Mazlin mengenai cara beliau memanfaatkan GKP 1.0 yang pertama diberikan oleh Kerajaan. GKP 1.0 menjadi titik tolak peniaga itu untuk mula berniaga kopi selain perniagaan baju. Kini Puan Mazlin telah mengembangkan perniagaan dengan membuka dua lagi cawangan di stesen yang lain.

Kerajaan telah mula menyalurkan Bayaran GKP 4.0 Fasa 2 sebanyak RM500 kepada lebih 1 juta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro. Bayaran Fasa 2 ini melibatkan implikasi kewangan kepada Kerajaan sebanyak RM500 juta.

⠀