Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Ke Kilang Pemprosesan Rumpai Laut Di Semporna, Sabah

Sesi Turun Padang Ke Kilang Pemprosesan Rumpai Laut Di Semporna, Sabah

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah berkesempatan meluangkan masa mengadakan lawatan kerja ke kilang pemprosesan rumpai laut Teejoy Marine Sdn. Bhd. di Semporna, Sabah.

Teejoy Marine Sdn. Bhd. merupakan antara pemain utama industri pemprosesan rumpai laut di Sabah. Syarikat ini menghasilkan Washed Dried Seaweed (WDS), Alkali Treated Cottonii (ATC) dan Semi-Refined Carrageenan (SRC), yang menjadi input penting kepada pelbagai industri hiliran serta dieksport ke pasaran antarabangsa.

Sepanjang lawatan, YB Datuk Seri Amir Hamzah telah diberikan penerangan oleh Encik Choo Chee Wei, pemilik Teejoy Marine Sdn. Bhd., mengenai keseluruhan rantaian pengeluaran, daripada penerimaan dan pemprosesan rumpai laut mentah sehingga pembungkusan produk untuk pasaran eksport. Cabaran yang dihadapi oleh pihak syarikat turut diluahkan, khususnya berkaitan kekurangan bekalan bahan mentah yang menjejaskan penggunaan kapasiti optimum kilang.

Lawatan yang merupakan sebahagian daripada siri Jelajah Belanjawan 2027 ini turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan, Jabatan Perikanan Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sabah.

Kementerian Kewangan komited untuk terus mendapatkan pandangan, memahami cabaran dan mengenal pasti keperluan sebenar pemain industri di lapangan dalam proses penyediaan Belanjawan 2027 agar ia dapat menyokong pembangunan ekonomi mampan dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI.

Arkib Foto