Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Ke Pulau Tuba, Langkawi, Kedah

Sesi Turun Padang Ke Pulau Tuba, Langkawi, Kedah

YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah turun padang ke Kampung Angkat MADANI (KAM) di Pulau Tuba, Langkawi, Kedah.

Beliau juga sempat beramah mesra dengan para penduduk kampung sekali gus meninjau peningkatan di kampung tersebut antaranya projek pemasangan lampu jalan solar, pembaikan jalan dan naik taraf masjid serta balai raya dan KIOSK Usahawan.

Pulau Tuba dan Selat, Langkawi, Kedah telah dipilih sebagai KAM oleh Kementerian Kewangan dan Lembaga Pembangunan Langkawi bertindak sebagai agensi pelaksana.

Sebanyak 13 projek (11 projek fizikal dan 2 projek bukan fizikal) yang meliputi RM2.5 juta telah memanfaatkan seramai 5,000 orang penduduk.

Arkib Foto