Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Pengumuman

Notis Pemakluman – Tarikh Akhir Perkhidmatan Bagi Kontrak Pusat Pos Laju Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2022

Notis Pemakluman – Tarikh Akhir Perkhidmatan Bagi Kontrak Pusat Pos Laju Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2022

TARIKH AKHIR PERKHIDMATAN BAGI KONTRAK PUSAT PERKHIDMATAN POS LAJU KEPADA SEMUA KEMENTERIAN, JABATAN KERAJAAN, BADAN BERKANUN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI SELURUH MALAYSIA SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2022


Adalah dimaklumkan bahawa Pos Malaysia Berhad (PMB) yang merupakan syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran dokumen dan barangan am yang dilantik untuk melaksanakan Kontrak Pusat Perkhidmatan Pos Laju akan menghentikan operasi buat sementara waktu sempena sambutan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022.

Sehubungan itu, tarikh akhir bagi urusan penghantaran untuk memastikan dokumen dan barangan sampai sebelum Hari Raya Aidilfitri adalah seperti berikut:

Tarikh Destinasi
25 April 2022 (Isnin) - Semenanjung Malaysia – Sabah/Sarawak
- Sabah/Sarawak – Semenanjung Malaysia
- Dalam Sabah/Sarawak
27 April 2022 (Rabu) - Dalam Semenanjung Malaysia

Perkhidmatan penghantaran dokumen dan barangan akan kembali beroperasi seperti biasa mulai 5 Mei 2022 (Khamis).

Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah membuat perancangan penghantaran dokumen dan barangan supaya tiada gangguan penghantaran di peringkat Agensi.

 


Bahagian Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan Malaysia
25 April 2022

Arkib Pengumuman

Logo Accessibility