Dengan hormanya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sebagaimana YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato' Seri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan sedia maklum, Kerajaan melalui Belanjawan 2024 telah bersetuju supaya Bayaran Insentif Awal (BIA) Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Tahun 2024 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana, Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM2,000.00 dan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred Jawatan Utama/Khas sebanyak RM1,000.00. BIA Kajian SSPA Tahun 2024 ini turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan dan veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM1,000.00.
3. Selaras dengan keputusan tersebut, Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan BIA Kajian SSPA Tahun 2024 kepada individu Contract For Service (CFS) seperti berikut:
4. Selain itu, bagi pesara Kerajaan dan veteran yang dilantik semula secara CFS dan mash berkhidmat pada 23 Februari 2024 layak dibayar BIA Kajian SSPA Tahun 2024 seperti berikut:
5. Pemberian BIA Kajian SSPA Tahun 2024 ini turut dikecualikan cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3) Akta Cukai Pendapatan 1967.
6. BIA Kajian SSPA Tahun 2024 akan dibayar pada 23 Februari 2024 di bawah tanggungan Kementerian/ Jabatan di mana individu CFS berkhidmat pada tarikh pembayaran.
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADAN!"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
DATUK JOHAN MAHMOOD MERICAN