Asas ekonomi kukuh dan pengurusan Ringgit yang berhemah mampu menyumbang kepada nilai ringgit berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD) walaupun terdapat beberapa faktor sementara yang telah menyumbang kepada penyusutan nilai Ringgit buat masa ini.
Faktor-faktor ini termasuk:
1

Ini memberi impak kepada Ringgit Malaysia kerana jumlah dagangan MalaysiaChina adalah besar, dengan eksport Malaysia ke China mewakili 10.7% daripada KDNK (berbanding Indonesia: 2.1% dan Thailand: 1.3%); dan
(3) Situasi ketegangan geopolitik dunia yang tidak menentu telah memberi tekanan kepada ekonomi seluruh dunia. Ini dicerminkan oleh nilai VIX atau “indeks ketakutan” pelabur yang meningkat kepada 25.7 mata (28 Mei 2022) berbanding dengan kadar purata sebelum ini, iaitu 18 mata. Ini juga menyebabkan pelabur beralih kepada ‘aset selamat’ (seperti emas dan mata wang USD) yang menyebabkan tekanan menurun terhadap pelbagai matawang, termasuk ringgit.
Namun kesemua faktor-faktor tersebut dilihat sebagai sementara. Berdasarkan faktorfaktor semasa, nilai mata wang Ringgit dijangkan kekal stabil dan terus mengukuh kerana:
| Suku Kedua 2022 (S2 22) | Suku Ketiga 2022 (S3 22) | Suku Keempat 2022 (S4 22) | Suku Pertama 2023 (S1 23) | |
| Nilai Pertengahan Keseluruhan | 4.37 | 4.35 | 4.28 | 4.27 |
| Nilai Purata Keseluruhan | 4.35 | 4.37 | 4.29 | 4.25 |
| Firma | Tarikh Unjuran (2022) | S2 22 | S3 22 | S4 22 | S1 23 |
| Raboban | 23 Mei | 4.02 | -- | 3.98 | -- |
| Credit Agricole CIB | 19 Mei | 4.45 | 4.50 | 4.35 | 4.30 |
| Standard Chartered | 17 Mei | 4.40 | 4.35 | 4.25 | 4.15 |
| Westpac Banking | 17 Mei | 4.35 | 4.30 | 4.20 | 4.15 |
| Ebury | 16 Mei | 4.30 | 4.25 | 4.20 | 4.44 |
| JPMorgan Chase | 16 Mei | 4.40 | 4.42 | 4.44 | 4.17 |
| Mizuho Bank | 12 Mei | 4.38 | 4.33 | 4.22 | -- |
| Nomura Bank International | 12 Mei | 4.43 | 4.35 | 4.28 | 4.28 |
| Morgan Stanley | 11 Mei | 4.40 | 4.50 | 4.30 | 4.28 |
| MUFG | 5 Mei | 4.35 | 4.33 | 4.30 | 4.28 |
| RBC Capital Markets | 5 Mei | 4.35 | 4.40 | 4.40 | 4.30 |
Sumber: Bloomberg Poll
Melangkah ke hadapan, Kementerian Kewangan yakin bahawa prospek pertumbuhan ekonomi negara yang teguh. Bagi tahun 2022, KDNK Malaysia dijangka akan berkembang di antara 5.3 - 6.3% dan ini akan menyumbang kepada kestabilan nilai Ringgit. Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memantau kedua-dua risiko kewangan dan bukan kewangan terhadap ekonomi Negara, dan akan memastikan kestabilan ekonomi dan kesejahteraan seluruh Keluarga Malaysia terus terpelihara.
YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan Malaysia
Putrajaya
28 Mei 2022