Merujuk kepada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan melalui pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan pada 29 Oktober 2021, Kementerian Kewangan (MOF) ingin menjelaskan bahawa bagi BKM, 4.8 juta penerima kategori bujang adalah di antara 9.6 juta penerima yang layak. Bantuan yang bernilai keseluruhan RM8.2 bilion ini akan diagihkan seperti berikut:
| Pendapatan | Bil. Penerima / Kadar Bantuan | |||
|---|---|---|---|---|
| ISI RUMAH | Bil Penerima | ANAK 0 |
ANAK 1-2 |
ANAK ≥ 3 |
| <RM2,500 | 4.0 juta | RM1,000 | RM1,500 | RM2,000 |
| RM2,501-RM5,000 | 0.8 juta | RM400 | RM600 | RM800 |
Tambahan Kadar Isi Rumah:
| Ibu/Bapa Tunggal (IBT) Isi Rumah | 0.5 juta | RM500 |
| Warga Emas Isi Rumah | 0.9 juta | RM300 |
| Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan <RM5,000 | 1.0 juta | RM600 |
| Bujang <RM2,500 | 3.8 juta | RM350 |
BKM telah ditambahbaik supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan. Berdasarkan cadangan yang diterima dari rakyat melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat, pembaharuan ini termasuk:
Secara keseluruhan, BKM pada tahun 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah BPR pada tahun 2021.
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
31 Oktober 2021