Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025

Susulan pengumuman oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, hari ini, Kerajaan MADANI telah meluluskan beberapa Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

Bantuan Khas ini mengambil kira keperluan perbelanjaan rakyat dalam persiapan Hari Raya Aidilfitri. Peluasan asas hasil Kerajaan dalam penstrukturan semula kewangan awam telah memberi sedikit sebanyak ruang untuk berkongsi hasil negara secara saksama. Ini termasuk:

  1. Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2025 sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 15 dan ke bawah (setara Gred 56 dan ke bawah) termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak (contract of service, contract for service, pegawai sambilan harian dan lantikan MySTEP); serta

  2. Bantuan Khas sebanyak RM250 turut dibayar kepada pesara Kerajaan (pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen).

Bantuan Khas kepada penjawat awam dan pesara ini melibatkan implikasi kewangan mencecah RM900 juta. Pembayaran BKKA akan disalurkan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri. Bantuan Khas ini juga akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.

Kerajaan berharap pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Selain penjawat awam, Kerajaan MADANI juga akan mengawalkan Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 untuk 9 juta penerima mulai 24 Mac 2025 (Isnin) dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion.


Kementerian Kewangan
Putrajaya
21 Mac 2025


↓ Muat turun: Siaran-Media-Bantuan-Khas-Kewangan-Aidilfitri-2025

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility