Lanjutan daripada lawatan ke Terengganu pada 21 Mac 2025 oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Kerajaan MADANI telah bersetuju untuk membiayai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) bagi penjawat awam Kerajaan Negeri Terengganu.
BKKA sebanyak RM500 ini akan memanfaatkan lebih 14,000 penjawat awam Negeri Terengganu dan akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi menyerikan persiapan menyambut lebaran.
Kerajaan MADANI kekal komited dengan prinsip kesaksamaan dan pendekatan yang manusiawi agar kemakmuran negara dapat dirasai secara bersama, sejajar dengan wawasan Menaikkan Lantai dalam kerangka Ekonomi MADANI.
Semoga sumbangan ini membawa sedikit kegembiraan kepada mereka yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Kerajaan berharap pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Kementerian Kewangan
Putrajaya
24 Mac 2025
↓ Muat turun: Siaran-Media-Bantuan-Khas-Kewangan-Aidilfitri-untuk-Penjawat-Awam-Kerajaan-Negeri-Terengganu