Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.
Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:
Kriteria Kelayakan
|
Kategori & Pendapatan Bulanan |
Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah |
Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000 |
Bujang RM2,000 ke bawah |
Bujang RM2,001 hingga RM4,000 |
|---|---|---|---|---|
| Jumlah Bantuan BPN |
RM1,600 | RM1,000 | RM800 | RM500 |
| Tempoh / Pembayaran |
April: RM1,000 Mei: RM600 |
April: RM500 Mei: RM500 |
April: RM500 Mei: RM300 |
April: RM250 Mei: RM250 |
| Penerima BPN yang TIDAK PERLU memohon atau mengemukakan permohonan baharu |
Isi rumah yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH) |
Isi rumah pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM |
Individu bujang yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH) |
Individu bujang pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM |
| Penerimaan bayaran bantuan |
Secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah BSH |
Secara terus ke akaun bank berdaftar dengan LHDNM |
Secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah BSH |
Secara terus ke akaun bank berdaftar dengan LHDNM |
Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:
| No telefon/emel | Waktu Operasi | |
|---|---|---|
| Kementerian Kewangan | 03-8882 9089 03-8882 9087 03-8882 9191 03-8882 4565 03-8882 4566 |
Jam 9 pagi – 5 petang Ahad - Jumaat (Mulai 29 Mac 2020) |
Telegram: PRE PRIHATIN Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia |
24 Jam | |
| LHDNM |
1-800 882 747 03-8911 1000 |
Jam 9 pagi – 5 petang Ahad - Jumaat (Mulai 30 Mac 2020) |
Kementerian mengingatkan orang awam juga agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini. Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.
Kementerian ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah berkongsi pandangan, teguran dan cadangan mengenai Pakej PRIHATIN menggunakan pelbagai saluran. Kementerian melalui Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), bersedia memastikan bantuan Pakej PRIHATIN disampaikan dengan efisien dan cepat.
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
29 Mac 2020