Kementerian Kewangan melalui siaran medianya bertarikh 7 Februari 2019 telah memaklumkan bahawa baki akhir Tabung Harapan Malaysia (THM) sehingga 14 Januari 2019, iaitu tarikh akhir penerimaan sumbangan, adalah berjumlah RM202,716,775. Selanjutnya, faedah pelaburan sebanyak RM2,774,444 telah diterima dan ini menjadikan jumlah besar dalam akaun amanah THM adalah sebanyak RM205,491,219 (Jadual 1).
Jadual 1: Baki Akhir Tabung Harapan Malaysia Termasuk Faedah
| Punca Pembayaran | Jumlah |
|---|---|
| Jumlah sumbangan daripada rakyat Malaysia | RM202.72 juta |
| Faedah yang diterima | RM2.77 juta |
| Jumlah Besar | RM205.49 juta |
Penggunaan Dana Tabung Harapan Malaysia
Pada 28 November 2019, Kerajaan telah menggunakan keseluruhan dana THM dengan pembayaran sebanyak RM61,680,261.87 bagi pelunasan bayaran faedah sukuk 1MDB IMTN (Islamic Medium Term Note).
Pembayaran sebanyak RM61.68 juta yang dibiayai oleh dana Tabung Harapan Malaysia adalah hanya sebahagian daripada jumlah pembayaran faedah IMTN yang berjumlah RM143.75 juta (Jadual 2). Baki sebanyak RM82.07 juta telah dibiayai melalui dana pemulihan aset 1MDB yang berjumlah kira-kira RM1.45 bilion setakat ini.
Jadual 2: Sumber Pembiayaan Faedah 1MDB IMTN Pada 28 November 2019
| Punca Pembayaran | Amaun |
|---|---|
| Dibiayai melalui Tabung Harapan Malaysia | RM61.68 juta |
| Dibiayai melalui Dana Pemulihan aset 1MDB | RM82.07 juta |
| Jumlah faedah sukuk 1MDB IMTN | RM143.75 juta |
Jadual 3: Senarai Penggunaan Dana Tabung Harapan Malaysia
| Bil | Penggunaan Dana THM | Tarikh Pembayaran | Jumlah (RM) | Jumlah Dana THM Yang Digunakan (RM) | Status |
|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Melunaskan sebahagian hutang 1MDB - Faedah Bon 1MDB IMTN | 30 Mei 2019 | 143,750,000 | 143,750,000 | Selesai |
| 2 | Bayaran balik cek tak laku | 16 Jun 2019 | 51,500 | 51,500 | Selesai |
| 3 | Bayaran balik sumbangan terkhilaf | 25 Jun 2019 | 9,457 | 9,457 | Selesai |
| 4 | Melunaskan sebahagian hutang 1MDB | 28 Nov 2019 | 143,750,000 | 61,680,262 | Selesai |
| Jumlah dana THM yang telah digunakan | RM 205,491,219 | ||||
Obligasi Kewangan 1MDB
Kerajaan komited untuk membayar semua obligasi pinjaman yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu. Bayaran seterusnya yang perlu dibuat oleh 1MDB adalah bayaran faedah bon terbitan 1MDB Global Investments Limited (GIL) sebanyak USD66 juta yang akan dibayar pada 9 Mac 2020
Secara keseluruhannya, sebanyak RM13.9 bilion terpaksa dibelanjakan oleh Kerajaan untuk membiayai hutang-hutang 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC) sejak 2017 hingga 2020 seperti berikut:
| Jumlah yang telah dibayar oleh MOF dan syarikat MKD bagi 1MDB dan SRC | 2017 | RM6.7 bilion | |||
| 2018 | RM2.1 bilion | ||||
| Jumlah yang telah disediakan untuk melunas hutang-hutang 1MDB dan SRC | 2019 | RM2.4 bilion | |||
| 2020 | RM2.7 bilion | ||||
| Jumlah keseluruhan 2017 - 2020 | RM 13.9 bilion | ||||
|---|---|---|---|---|---|
Hutang 1MDB pada masa ini adalah berjumlah RM50.5 bilion termasuk faedah yang hanya akan dilangsaikan sepenuhnya pada tahun 2039. Dengan pembayaran terakhir sebanyak RM61.68 juta maka dana Tabung Harapan Malaysia sebanyak RM205 juta telah digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang 1MDB.
Sayangi Malaysiaku!
Lim Guan Eng
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
30 November 2019