Di bawah Belanjawan 2022, Kerajaan telah memperuntukkan RM300 juta bagi e-tunai bernilai RM150 di bawah program ePemula untuk belia 18 sehingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan yang layak.
Sukacita dimaklumkan bahawa mulai 11 April 2022, golongan ini boleh mula mendaftar untuk menerima RM150 dalam bentuk kredit e-tunai dengan salah satu daripada empat (4) penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet. Program ePemula ini juga akan dilancarkan secara rasmi oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia pada 15 April 2022.
Selain dari RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada Kerajaan, penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet juga akan memberi insentif tambahan dalam bentuk cashback, baucar, mata terkumpul atau coins sepanjang tempoh program ini.
Program ePemula ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang:
Tempoh pendaftaran dan tuntutan ePemula ini akan bermula pada 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022, manakala kredit ePemula serta manfaat padanan dari penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.
Untuk maklumat lanjut mengenai ePemula serta inisiatif lain yang memanfaatkan golongan belia, sila layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/epemula.html Bagi pelbagai manfaat lain khusus untuk belia, sila layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat-kewangan.html
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
10 April 2022