Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

GKP 3.0 Akan Manfaatkan Hampir 1.2 Juta PKS Mikro Dengan Peruntukan RM1.2 Bilion

GKP 3.0 Akan Manfaatkan Hampir 1.2 Juta PKS Mikro Dengan Peruntukan RM1.2 Bilion

Di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), Kerajaan terus komited untuk menyokong sektor perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro tempatan melalui Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0. Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan PKS mikro agar mereka mampu menggiatkan semula perniagaan di dalam tempoh yang masih mencabar ini.

Setiap PKS mikro yang layak akan menerima bantuan one-off GKP 3.0 sebanyak RM1,000. Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 akan menerima bayaran tambahan RM1,000 tanpa perlu membuat permohonan semula. Bagi PKS mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini, permohonan GKP 3.0 akan dibuka secara dalam talian melalui Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my/ mulai 1 hingga 15 April 2021 (15 hari).

Bagi PKS mikro yang tidak lulus dan belum menerima GKP sebelum ini juga masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk semakan semula. PKS mikro yang layak untuk GKP 3.0 adalah perniagaan yang menepati kriteria PKS mikro dan juga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) setakat 28 Februari 2021. Untuk maklumat lanjut, pemohon GKP boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi GKP seperti di atas.

Setelah pangkalan data GKP dikemaskini, pembayaran GKP 3.0 akan mula dibuat pada bulan Jun 2021 yang dijangka akan memanfaatkan hampir 1.2 juta PKS mikro. Jumlah keseluruhan GKP 3.0 akan melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1.2 billion.Mengambil kira GKP 1.0, GKP 2.0, GKP Tambahan dan GKP 3.0, jumlah keseluruhan bantuan kewangan GKP yang telah dan akan memanfaatkan lebih kurang 1.2 juta PKS mikro adalah sebanyak RM4.78 bilion.


 

YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan
28 Mac 2021

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility