Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Hampir 60% Penduduk Dewasa Malaysia Memanfaatkan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tahun Ini

Hampir 60% Penduduk Dewasa Malaysia Memanfaatkan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tahun Ini

Ringkasan:

  • STR Fasa 4 2023 dan Rayuan STR 2023 bernilai RM2.1 bilion akan disalurkan mulai Selasa, 7 November 2023 kepada 5.5 juta penerima
  • Kerajaan membelanjakan hampir RM8 bilion untuk STR 2023, memanfaatkan hampir 60% penduduk dewasa Malaysia
  • Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat untuk STR 2024 dibuka sepanjang tahun mulai Rabu, 1 November 2023 berbanding sebelum ini, setahun sekali

Kerajaan telah menetapkan pembayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat1 mulai 7 November 2023 dengan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion kepada 5.5 juta penerima.

Daripada jumlah ini, seramai 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200. Turut menerima bantuan tunai di bawah STR Fasa 4 adalah lebih daripada 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023. Mereka akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing2. Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.

“Pada tahun ini, Kerajaan membelanjakan hampir RM8 bilion untuk STR 2023 kepada 8.7 juta penerima yang memanfaatkan hampir 60% penduduk dewasa Malaysia bagi membantu mereka menangani cabaran kos sara hidup,” kata Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Untuk tahun 2023, proses permohonan STR hanya dibuat setahun sekali. Sebagai penambahbaikan pada STR 2024, Kerajaan akan mengambil pendekatan berbeza bagi memastikan tiada golongan yang tercicir. Mulai 1 November 20233, individu yang layak boleh membuat permohonan baharu dan mengemas kini maklumat mereka untuk STR 2024 sepanjang tahun.

Sila rujuk Jadual di Lampiran

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility