Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 1 Februari 2020 Sehingga 7 Februari 2020

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 1 Februari 2020 Sehingga 7 Februari 2020

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 1 Februari 2020 sehingga 7 Februari 2020 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 8 sen seliter iaitu daripada RM2.49 seliter kepada RM2.41 seliter;
  2. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan
  3. Harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.11 seliter dan RM2.18 seliter masing-masing. Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.19 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.26 seliter.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat. Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan bagi tempoh 1 Februari 2020 sehingga 7 Februari 2020 adalah berjumlah RM10.43 juta.

Produk Harga Jualan Runcit Berdasarkan APM (RM/liter) Harga Jualan Runcit Yang Ditetapkan (RM/liter) Anggaran Tanggungan Subsidi Kerajaan Bagi Tempoh 1 Febuari 2020 Hingga 7 Februari 2020 (RM’ juta)
RON97 2.41 2.41 Tiada
RON95 2.11 2.08 10.10
Diesel 2.18 2.18 0.33
Jumlah Keseluruhan 10.43

 


 

Sayangi Malaysiaku! 🇲🇾

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
31 Januari 2020

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility