Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 1 Januari 2026 Hingga 7 Januari 2026

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh  1 Januari 2026 Hingga 7 Januari 2026

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 1 Januari 2026 hingga 7 Januari 2026 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 kekal pada RM3.16 seliter;

  2. harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi kekal pada RM2.56 seliter

  3. harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter;

  4. harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada RM2.94 seliter; dan

  5. harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


Kementerian Kewangan
Putrajaya 
31 Disember 2025

↓ Muat turun: Siaran-Media-Harga-Runcit-Ron97-Ron95-Diesel-1-Jan-2026-Hingga-7-Jan-2026

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility