Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 11 April 2020 Hingga 17 April 2020

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 11 April 2020 Hingga 17 April 2020

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 11 April 2020 sehingga 17 April 2020 adalah ditetapkan seperti berikut: 

  1. Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.60 seliter kepada RM1.55 seliter;
  2. Harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.30 seliter kepada RM1.25 seliter; dan
  3. Harga runcit diesel turun sebanyak 12 sen seliter iaitu daripada RM1.58 seliter kepada RM1.46 seliter.

Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah dipengaruhi oleh faktor harga minyak mentah dunia yang masih berada di paras yang rendah ekoran pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi global serta kejatuhan permintaan bekalan minyak dunia.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuai bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. 


Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
10 April 2020

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility