Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 11 Mei 2019 sehingga 17 Mei 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:
Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.40 seliter dan RM2.45 seliter masing-masing. Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 11 Mei 2019 sehingga 17 Mei 2019 adalah berjumlah RM103.76 Juta.
| Produk | Harga Jualan Runcit Berdasarkan APM (RM/liter) | Harga Jualan Runcit Yang Ditetapkan (RM/liter) | Anggaran Tanggungan Subsidi Kerajaan Bagi Tempoh 4 Mei 2019 Sehingga 10 Mei 2019 (RM’ Juta) |
|---|---|---|---|
| RON97 | 2.70 | 2.70 | Tiada |
| RON95 | 2.40 | 2.08 | 77.44 |
| Diesel | 2.45 | 2.18 | 26.32 |
| Jumlah Keseluruhan | 130.76 |
Sayangi Malaysiaku!
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
10 Mei 2019