Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 16 Mei 2020 hingga 22 Mei 2020 adalah ditetapkan seperti berikut:
Kenaikan ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.
Walaubagaimanapun, Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
15 Mei 2020