Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 21 Disember 2019 sehingga 27 Disember 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:
Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.28 seliter dan RM2.34 seliter masing-masing. Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.34 seliter, manakala kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.32 seliter.
Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat. Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan bagi tempoh 21 Disember 2019 sehingga 27 Disember 2019 adalah berjumlah RM93.74 juta.
| Produk | Harga Jualan Runcit Berdasarkan APM (RM/liter) | Harga Jualan Runcit Yang Ditetapkan (RM/liter) | Anggaran Tanggungan Subsidi Kerajaan Bagi Tempoh 21 Disember Hingga 27 Disember 2019 (RM’ juta) |
|---|---|---|---|
| RON97 | 2.58 | 2.58 | Tiada |
| RON95 | 2.28 | 2.08 | 70.61 |
| Diesel | 2.34 | 2.18 | 23.13 |
| Jumlah Keseluruhan | 93.74 | ||
Sayangi Malaysiaku! 🇲🇾
Kementerian Kewangan
Putrajaya
20 Disember 2019