Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 22 Februari 2020 sehingga 28 Februari 2020 adalah ditetapkan seperti berikut:
Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.08 seliter dan RM2.14 seliter masing-masing. Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.06 seliter manakala diesel berada pada paras yang sama RM2.14 seliter.
Justeru, harga runcit bagi bagi petrol RON95 dinaikkan pada paras RM2.08 seliter dan harga runcit bagi diesel dikekalkan pada harga RM2.14 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat. Namun apabila harga pasaran dunia naik dan demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan harga, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi petrol RON95 dan diesel melalui pemberian subsidi.
Sayangi Malaysiaku! 🇲🇾
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
21 Februari 2020