Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Harga Runcit Produk Petroleum bagi tempoh 22 Ogos sehingga 28 Ogos 2020

Harga Runcit Produk Petroleum bagi tempoh 22 Ogos sehingga 28 Ogos 2020

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 22 Ogos 2020 sehingga 28 Ogos 2020 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM1.98 seliter kepada RM2.01 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM1.68 seliter kepada RM1.71 seliter; dan
  3. harga runcit diesel turun sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM1.82 seliter kepada RM1.80 seliter.

Kenaikan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
21 Ogos 2020

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility