Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 23 Februari 2019 sehingga 1 Mac 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:
Peningkatan harga runcit petrol RON95 didorong oleh faktor peningkatan purata kos produk diproses (refined product) di pasaran dunia berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada USD63.11 setong kepada USD66.91 setong. Bagi produk diesel, kos purata produk diproses turut meningkat secara ketara iaitu daripada USD74.38 setong kepada USD79.11 setong. Sepatutnya harga runcit diesel adalah sebanyak RM2.33 seliter. Namun selaras dengan janji Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit diesel sekiranya harga sebenar pasaran adalah lebih tinggi daripada paras yang ditetapkan, iaitu RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 seliter untuk diesel, maka harga runcit diesel bagi tempoh 23 Februari 2019 sehingga 1 Mac 2019 terus dikekalkan pada paras RM2.18 seliter.
Sayangi Malaysiaku!
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
22 Februari 2019