Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 23 Januari 2021 hingga 29 Januari 2021

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 23 Januari 2021 hingga 29 Januari 2021

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 23 Januari 2021 sehingga 29 Januari 2021 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM2.19 seliter kepada RM2.20 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 naik sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM1.89 seliter kepada RM1.90 seliter; dan
  3. harga runcit diesel naik sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada RM2.05 seliter kepada RM2.09 seliter.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
22 Januari 2021

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility