Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 23 Mei 2020 Hingga 29 Mei 2020

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 23 Mei 2020 Hingga 29 Mei 2020

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 23 Mei 2020 sehingga 29 Mei 2020 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 7 sen seliter iaitu daripada RM1.61 seliter kepada RM1.68 seliter;
  2. Harga runcit petrol RON95 naik sebanyak 7 sen seliter iaitu daripada RM1.31 seliter kepada RM1.38 seliter; dan
  3. Harga runcit diesel naik sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM1.45 seliter kepada RM1.51 seliter.

Kenaikan ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Walau bagaimanapun, Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

 


 

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
22 Mei 2020

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility