Harga runcit produk Petroleum bagi tempoh 23 September 2021 sehingga 29 September 2021

Harga runcit produk Petroleum bagi tempoh 23 September 2021 sehingga 29 September 2021

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 23 September 2021 sehingga 29 September 2021 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM2.73 seliter kepada RM2.75 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
22 September 2021