Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 24 April 2025 Hingga 30 April 2025

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 24 April 2025 Hingga 30 April 2025

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 24 April 2025 hingga 30 April 2025 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.18 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; 
  3. harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.88 seliter; dan
  4. harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


Kementerian Kewangan 
Putrajaya
23 April 2025

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility