Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Harga runcit produk Petroleum bagi tempoh 26 Januari 2019 sehingga 1 Februari 2019

Harga runcit produk Petroleum bagi tempoh 26 Januari 2019 sehingga 1 Februari 2019

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 26 Januari 2019 sehingga 1 Februari 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 dikekalkan pada paras RM2.28 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 dikekalkan pada paras RM1.98 seliter; dan
  3. harga runcit diesel dinaikkan sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM2.17 seliter kepada RM2.18 seliter.

Harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia bagi diesel pada ketika ini berada pada paras USD73 setong berbanding petrol RON95 iaitu pada paras USD62 setong. Perbezaan kos produk yang lebih tinggi bagi diesel berbanding petrol adalah disebabkan oleh peningkatan permintaan bagi produk diesel, terutamanya dari negara Republik Rakyat China, dan juga peningkatan pengeluaran produk petrol di pasaran global.

Walau bagaimanapun sepertimana yang telah dijanjikan, Kerajaan akan menstabilkan harga jualan runcit bagi produk petrol RON95 dan diesel dengan mengekalkan harga jualan runcit masing-masing pada paras RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter sekiranya harga pasaran produk melebihi paras harga tersebut.


Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya

25 Januari 2019

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility