Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Harga runcit produk Petroleum bagi tempoh 3 Mac 2022 hingga 9 Mac 2022

Harga runcit produk Petroleum bagi tempoh 3 Mac 2022 hingga 9 Mac 2022

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 3 Mac 2022 hingga 9 Mac 2022 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 16 sen seliter iaitu daripada RM3.29 kepada RM3.45 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran sebenar.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
2 Mac 2022

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility