Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 4 April 2020 Hingga 10 April 2020

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 4 April 2020 Hingga 10 April 2020

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 4 April 2020 sehingga 10 April 2020 adalah ditetapkan seperti berikut:  

  1. Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 8 sen seliter iaitu daripada RM1.68 seliter kepada RM1.60 seliter;
  2. Harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 8 sen seliter iaitu daripada RM1.38 seliter kepada RM1.30 seliter; dan dan
  3. Harga runcit diesel turun sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM1.68 seliter kepada RM1.58 seliter.

Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. 


Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
3 April 2020

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility