Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 4 Januari 2020 sehingga 10 Januari 2020 adalah ditetapkan seperti berikut:
Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyakRM2.35 seliter dan RM2.43 seliter masing-masing. Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.33 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.39 seliter.
Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menangguhkan Program Subsidi Petrol. Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan bagi tempoh 4 Januari 2020 sehingga 10 Januari 2020adalah berjumlah RM128.24 juta.
| Produk | Harga Jualan Runcit Berdasarkan APM (RM/liter) | Harga Jualan Runcit Yang Ditetapkan (RM/liter) | Anggaran TanggunganSubsidi Kerajaan Bagi Tempoh 4 Januari 2020 sehingga 10 Januari 2020 (RM’ juta) |
|---|---|---|---|
| RON97 | 2.65 | 2.65 | Tiada |
| RON95 | 2.35 | 2.08 | 92.77 |
| Diesel | 2.43 | 2.18 | 35.47 |
| Jumlah Keseluruhan | 128.24 | ||
Sayangi Malaysiaku! 🇲🇾
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
3 Januari 2020