Seiring dengan peningkatan harga minyak dunia, Kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.28 seliter dan diesel di Semenanjung Malaysia pada RM3.10 seliter bagi tempoh 20 November 2025 hingga 26 November 2025.
Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol RON97 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga.
Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 20 November 2025 hingga 26 November 2025 telah ditetapkan seperti berikut:
Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Kementerian Kewangan
Putrajaya
19 November 2025
↓ Muat turun: Siaran-Media-Harga-Runcit-Ron97-Diesel-Meningkat-3Sen-Seliter-20-Nov-2025-Hingga-26-Nov-2025